Saturday, 22 November 2014

Mengira Ketinggian Menggunakan Batang Paralaks.


Pengenalan :

Tahukah anda dengan menggunakan gamba yang di ambil daripad foto udara dalam kerja fotogrammetri boleh mendapatkan ketinggian sesebuah bangunan dari imej 3 dimensi (3D) daripada 2 keping foto udara hasil daripada gambaran sesuatu penerbangan dengan menggunakan alat stereoskop dan batang paralaks. 
Prosedur amali dibawah menerangkan bagaimana proses mendapatkan ketinggian sesebuah banggunan dilakukan


Definisi Pengukuran Paralaks :

Paralaks bagi satu titik yang diukur diatas sepasang foto udara tegak yang bertindih adalah bersamaan dengan perbezaan diantara koordinat foto x bagi suatu titik yang diukur di foto kiri dan koordinat x bagi titik yang sama yang diukur. Pengukuran paralaks boleh dibuat dengan menggunakan alat yang digelar sebagai batang paralaks (parallax bar). Batang paralaks adalah alat yang asas untuk mengukur perbezaan paralaks diantara titik-titik. Dari perbezaan paralaks ini, perbezaan tinggi antara titik-titik dapat dihitung. Batang paralaks mengandungi dua kepingan kaca yang mempunyai tanda-tanda pengukuran yang dipanggil tanda apungan atau “floating marks”.


Prosedur Amali :


1. Kami diberi 2 keping foto udara di sesuatu kawasan.
2. Kami mengambil alat stereoskop yang bernombor MS 11. Kemudian diri siap alat stereoskop.
3. 2 keping foto udara tersebut diletakkan dibawah alat stereoskop. Kemudian foto udara tersebut dilihat melaluai lensa teropong alat
4. Selarikan garisan yang telah dihasilkan pada foto udara. Garisan tersebut adalah garisan penerbagan.
5. Gerakan kedua-dua foto sedikit demi sedikit dengan mengekalkan keselarian garisan pada foto udara sama ada semakin rapat atau semakin jauh supaya satu siri foto udara yang bertindih terhasil untuk mendapatkan imej 3D.


6. Selepas gambaran 3D terhasil daripada pasangan stereo, lekatkan pasangan tersebut diatas meja agar tidak bergerak semasa melakukan pengukuran. Pilih satu banggunan untuk melakukan pengukuran.
7. Dapatkan nilai tinggi titik di bahagian kemuncak bangunan iaitu PA dengan menggunakan batang paralaks. Tanda apungan di kedua-dua kepingan kaca diletakan di titik yang sepadan pada foto udara di bahagian kemuncak banggunan. Baca nilai tinggi titik di kaunter bacaan pada batang paralaks.
8. Ulang langkan 7 untuk mendapatkan nilai tinggi titik dibahagian paling rendah banggunan iaitu PB.
9. Ukur bacaan bes foto diatas foto udara.
10. Kenal pasti nilai ketinggian penerbangan pada pasangan stereo.


Contoh Pengiraan : 


Formula: ΔhAB  =  (ΔPAB * X * Z) / B

PA    = 6.60 mm
PB      = 5.15 mm
ΔPAB = 1.45 mm
b    = 80 mm
Z         = 6597 ft + 6608 ft / 2
   = 6602.5 ft    
   = 2012.47 m  (1 m = 3.2808 ft)

ΔhAB = 1.45 x 2012.47 / 80
`    = 36.476 m (Tinggi Banggunan)


Batang paralaks dan gambar


Sumber : Laporan amali subjek photogrammetry diploma kumpulan Rahman.

Ditulis oleh Rahman :)

No comments:

Post a Comment