Sunday, 12 October 2014

Apa itu Fotogrametri.

Assalamualaikum semua.

Saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi serba sedikit perkara asas tentang fotogrametri yang saya tahu serba sedikit. Walaupun sedikit tapi saya sangat berharap yang perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Sekalipun saya mengetahui bahawa ilmu yang saya miliki dalam bidang ini hanya sebesar electron sekalipun…hihi..selamat membaca semua :)

Pertama sekali saya yakin dan pasti sekali yang awak semua mesti berteka-teki tentang apakah itu fotogrametri  kan? Pastu awak semua mesti sedang mngagak yang fotogrametri ini berkaitan dengan imej ataupun gambar berdasarkan perkata “foto” yang terdapat didalam perkataan fotogrametri itu sendiri.

Hurrmmm..ye..saya akui bahawa fotogrametri ini memang berkaitan dengan gambar atau imej. Pada dasarnya, fotogrametri adalah salah satu cabang bidang ukur tanah.  Ukur tanah adalah bidang yang berkaitan dengan pemetaan…yup berkaitan dengan peta..begitu juga fotogrametri.

Fotogrametri  adalah pemetaan menggunakan foto udara. Foto udara pula ialah foto atau imej yang di perolehi dengan menggunakan “plane” atau kapal terbang. Dengan menggunakan imej yang diperolehi daripada foto udara itu la peta dihasilkan..huhu


Rajah 1
Itu adalah contoh cara foto udara diambil dari http://www.esavran.com/


Rajah 2
Ini ialah gontoh gambar yang diambil daripada www.indis.com.tr

Haa..daripada gambar ini la peta dihasilkan..hebat tak teknologi zaman sekarang?..gambar-gambar ini seterusnya akan diproses mengunakan perisian yang sesuai untuk dijadikan peta.hihi

Sebenarnya, proses membuat peta menggunakan foto udara ini bukanlah mudah. Banyak proses yang harus dilalui untuk menghasilkan sebuah peta. Peta yang dihasilkan bukanlah peta tetapi ini adalah peta yang rasmi dan tepat yang boleh digunakan untuk pelbagai acara rasmi. Peta-peta ini juga kebanyakkan selalu di “update” dan selalunya dijual di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM). Jadi peta baru akan selalu dihasilkan..huhu 

Apapun, bidang ini sangat best tau..mungkin selama ini ramai yang tidak tahu terdapat “flight” yang khas untuk tangkap gambar bumi kan? Hihi.. saya pun sama dulu. Tapi bila kenal fotogrametri barulah saya tahu bidang ni sangat luas. Kepakaran dalam bidang ni bukan setakat buat peta tau.. untuk ukur  muka pun ade..hehe..mesti ramai tak percaya kan?nak buat pembedahan plastik pun kena guna fotogrametri tau,ade tu untuk bidang pergigian la, forensik, dan macam-macam lagi la kegunaan fotogrametri..

Kalau awak semua nak tahu lebih lanjut tentang fotogrametri, baca la blog lagi..banyak lagi info tentang fotogrammetri ini untuk di kongsi bersama.hihi..

Terima kasih kerana sudi membaca entri yang tak seberapa ini. Maaf kalau ada cacat cela..maklumlah saya budak baru berkenalan dengan fotogrametri.

Apapun Happy reading time..hihi


Ditulis oleh , Marisa (bukan nama sebenar) , 2014 :)

2 comments: