Wednesday, 29 October 2014

Jenis fotogrametri .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Untuk kali ini , aku akan menerangkan tentang bidang photogrammetry ini sebenarnya luas dan tidak hanya tertumpu kepada bidang membuat pemetaan melalui foto udara . Photogrammetri bukan sahaja melalui udara(aerial) malah juga melalui darat (terrestrial dan close range) .


Fotogrametri darat (terrestrial)

  • Kedudukan dan orientasi sering diukur secara langsung pada masa pendedahan. 
  • Julatnya adalah dari kamera yang sering digunakan untuk hobi sehingga kamera yang direka khas yang dipasang pada tripod.
  • Contoh kamera khas yang dipasang adalah Phototeodolite iaitu gabunagn diantara kamera dan teodolite .


konsep terrestrial


phototeodolite


Fotogrametri udara (aerial)

  • Menggunakan pesawat .
  • Diklasifikasikan sebagai menegak dan serong . 
  • Kecondongan adalah daripada 1 - 3 degree. Kecondongan yang tinggi akan meliputi ufuk manakala kecondongan yang rendah tidak akan meliputi ufuk .
  • Kamera yang digunakan perlulah mempunyai kualiti geometri kanta yang tinggi , berkemampuan untuk mengambil gambar dalam keadaan yang laju , masa kitaran yang pendek , kanta dan shutter yang cepat dan cekap dan juga kamera tahan lasak dalam keadaan cuaca yang melampau serta getaran pesawat .


konsep aerial fotogrametri


aerial kamera dalam kerja fotogrametri



kamera aerial fotogrametri yang diletakkan didalam pesawat



Ditulis oleh , Zhaarih , 2014 :)

No comments:

Post a Comment