Monday, 17 November 2014

JENIS-JENIS FOTO


A. Berdasarkan wahana / platform
  1. Foto Udara
             Gambar yang merupakan hasil rakaman permukaan bumi dari udara menggunakan pesawat terbang sebagai platformnya dan kamera udara sebagai sensornya. Gambar yang dihasilkan seperti keadaan sebenar (pictorial). Pada umumnya mempunyai skala 1:10.000 s/d 1:100.000.

    2.   Foto Satelit

             Gambar yang merupakan hasil rakaman sebahagian permukaan bumi menggunakan satelit sebagai platformnya. Hasil rakaman ini biasanya dalam bentuk digital dan disimpan dalam pita magnet atau CD-ROM dengan skala 1:500.000 s/d 1:1000.000, Citra Spot (Satellite pour observation) dapat dilihat secara tiga dimensi (3D), biasanya dengan skala 1:50.000.

B. Berdasarkan sudut penggambaran
  1. Foto Udara Tegak / Vertical
               Foto udara hasil rakaman kamera dengan kedudukan paksi kamera vertikal (mendekati) atau sudut yang dibentuk oleh paksi kamera dengan garis vertikal lebih kecil atau sama dengan 3darjah. Apabila tidak sengaja sudut kemiringan paksi kamera lebih 3 darjah disebut sebagai foto udara TILT. 

     2. Foto udara miring
  
              Foto udara hasil rakaman kamera udara dengan posisi paksi lensa yang miring, dapat dibahagi kepada :
           
                    a) Foto udara condong tinggi, iaitu apabila hasil rakaman gambar kelihatan horizon bumi.
                    b) Foto udara condong rendah, iaitu apabila hasil rakaman gambar tidak kelihatan horizon bumi.

C. Berdasarkan Kamera
  1. Normal Angle iaitu apabila sudut puncak < 75darjah. Fokus lensa yang digunakan ialah 200mm-300mm
  2. Wide Angle iaitu apabila sudut puncak 75-100 darjah. Fokus lensa yang digunakan ialah 100-200mm
  3. Super Wide Angle iaitu apabila sudut puncak 100-300 darjah. Fokus lensa yang digunakan sekitar 70-100mm.
          
Ditulis oleh , fatimah hassan 
    




No comments:

Post a Comment