• Pemetaan Topografi
• Pembuatan Titik Kawalan
• Membuat peta-peta lain yang bertujuan untuk perancang an jalan raya, jalan keretapi, jambatan, empangan, membaik pulih sungai dan pelabuhan.
• Pembuatan peta yang secara kasar untuk menggambarkan objek atau bentuk yang berada di tanah.
• Pembuatan peta bagi perancangan seperti merancang pembangunan di Bandar.
• Dalam bidang astronomi, senibina, arkeologi dan ekologi
Terdapat aplikasi atau kegunaan lain yang kita juga tidak tahu, antaranya ialah :
o Pertanian
Pertanian merupakan salah satu aplikasi dari foto udara. Dengan menggunakan foto udara, kita akan dapat menganggarkan atau estimate sesuatu tanaman bagi tanaman pertanian. Sebagai contoh kitadapat membezakan diantara tanaman padi dengan kelapa. Daripada foto udara, kita juga dapat menganalisis terhadap sistem pertanian, punca kerosakan tanaman dan lain-lain lagi.
o Hidrologi
Kegunaan lain bagi foto udara ialah dapat menganalisis kitaran air, pemetaan kelembapan tanah, pola Aliran dan lain-lain
o Geologi
Daripada foto udara kita juga dapat analisis untuk pemetaan struktur, analisis bentuk tanah, analisis lereng-lereng bukit dan Pemetaan Unit Geologi.
o Perubahan atau pergerakan tanah
Salah satu tujuan foto udara bertujuan untuk melakukan pemantauan bagi suatu perubahan tanah. Hal ini dapat dipantau dari masa ke semasa dengan mudah dan tidak perlu turun ke lapangan. Sebagai contohnya pergerakan tanah bagi tanah runtuh atau gempa bumi di sesuatu kawasan.
o Perhutanan
Foto udara untuk aplikasi perhutanan. Contohnya untuk merancang kerja bagi pemotongan pokok, menggondolkan hutan, mengklasifikasikan jenis-jenis pokok, pemetaan bagi kebakaran hutan dan penganggaran bagi tanaman hutan.
Itu sahaja buat kali ini. Diharap pembaca dapat memahami mengenai kegunaan fotogrametri. Sekian…………
Ditulis oleh Aidil Rusli :)
sangat membantu,thanks author ;)
ReplyDelete